BERDIRI TEGAK DALAM SOLAT
Berdiri tegak dalam solat bagi yang mampu merupakan salah satu rukun dalam solat. Suatu simbolik seseorang yang berdiri dengan tubuh dan rohnya di hadapan Tuhan sekalian alam, Yang Maha Mendengar apa yang diucapkan, serta mengetahui apa yang ungkapkan dan diniatkan dalam hati hamba-hamba Nya.
Dalil wajibnya berdiri .... Allah berfirman yang bermaksud "Dan berdirilah untuk Allah s.w.t. dalam keadaan taat (khusyuk)." (surah Al baqarah 2:238)
Sabda Nabi SAW yang bermaksud :"Bersolatlah kamu dalam keadaan berdiri, jika tiada kemampuan duduklah dan jika tidak berkemampuan maka dalam keadaan mengiring di atas rusukmu." (Riwayat al Bukhari).
Sumber : Solusi Isu 27
Setitis Tinta Secalit Pena
Siti Arina binti Ahmad D20102043134
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KE BLOG SAYA.. SILA DATANG LAGI..
18 January 2012
12 December 2011
11 December 2011
BICARA HIKMAH
Ada dua cara untuk mengetahui betapa besarnya dan gagahnya amalan sembahyang iaitu :
1- Ilmu yang menghuraikan ciri-ciri sembahyang.
2- Penghayatan sembahyang hingga dapat merasai hikmah serta didikan sembahyang.
Dari sudut ilmunya, terdapat 24 ciri-ciri keagungan sembahyang. Sebagai contoh diantaranya :
- Sembahyang merupakan ibu segala ibadah yang bererti, dari amalan sembahyang itu akan lahir pula berbagai ibadah lain.
- Sembahyang merupakan tiang seri, ia adalah tiang utama pengukuh agama Islam. Oleh itu kita di tuntut agar membaiki sembahyang ke tahap yang lebih sempurna.
- Sembahyang merupakan intisari dan intipati dari ajaran Islam. Ertinya bertitik tolak dari sembahyang itu sendiri umat Islam dapat membangunkan semua aspek dari ajaran Islam.
- Sembahyang merupakan 'mikraj' orang mukmin. Ertinya Rasulullah SAW sendiri bermikraj menemui Allah SWT untuk menerima perintah sembahyang. Bagi orang mukmin pula sembahyang itu merupakan mikrajnya yang akan membawa kepada peningkatan rohaniah, mendatangkan ketaqwaan dan kekuatan jiwa. Justeru itu melalui sembahyangjuga dapat menjauhkan diri dari maksiat dan mungkar.
Menghayati sembahyang bermaksud menghayai setiap lafaz dan ungkapan di dalamnya. Bukan sekadar memahami maknanya sahaja.
Menghayati sembahyang dapat membangunkan jiwa dan mental, memperolehi hikmah dan didikan akhirnya terbinalah peribadi agung yang memiliki 7 ciri yang berikut :
- Akan melahirkan peribadi yang kuat keyakinan.
- Akan melahirkan peribadi yang kuat imannya.
- Akan melahirkan peribadi yang tinggi akhlaknya.
- Akan melahirkan peribadi yang berdisiplin dalam hidupnya.
- Akan melahirkan hamba Allah yang bersih jiwanya dari sifat-sifat mazmumah.
- Akan melahirkan hamba Allah yang bersih zahir batinnya dari maksiat dan kemungkaran.
- Akan melahirkan peribadi yang kuat syari'atnya.
Peribadi agung ini dinaungi oleh Allah SWT Yang Maha Agung.
Solat @ sembahyang menurut perspektif Islam
LUQMAN al-Hakim menyuruh anaknya agar menunaikan solat sebagaimana wasiatnya: “Hai anakku! Dirikanlah solat.”
Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat kerana solat merupakan fardhu yang diwajibkan oleh Allah SWT melalui utusanNya di bumi (dari kalangan Nabi dan Rasul).
Selepas manusia ditegah dari melakukan syirik dan taat kepada Allah dan QudratNya yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa, datanglah arahan supaya beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip tauhid, yang mana salah satu darinya adalah solat.
Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan keyakinan hamba terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.
Islam menggalakkan ibu bapa menyuruh anak-anak mereka agar menunaikan solat di kala menjelang umur 7 tahun (mumayyiz) dan memukul mereka sekiranya mereka meninggalkan solat ketika mencapai umur 10 tahun. Pada waktu ini, ibu bapa disuruh mengasingkan tempat tidur mereka.
Ini adalah satu cara didikan Islam yang menyanggahi segala ideologi Barat yang salah. Pendidikan Barat tidak bersetuju dengan cara menakut-nakutkan (tarhib) dan tidak suka mengakuinya (sebagai suatu cara yang baik dan berkesan).
Tetapi Allah SWT menyanggahi mereka dalam dasar demikian, di mana Dia menggalakkan para hambaNya dengan nikmat syurga dan menakutkan mereka dengan seksaan neraka. Orang-orang yang tidak berasa gembira menerusi ayat-ayat mengenai syurga, maka dia akan berasa gerun menerusi ayat-ayat mengenai neraka

Alhamdulillah... akhirnya...
Aduyai, mereka blog ini suatu yang meletihkan, mendebarkan tetapi mengujakan. Terasa betapa kerdilnya diri apabila terkial-kial klik sana dan sini untuk membuat blog ini. Semua dengan try and error. Pada mulanya dah buat satu lama blog sekerat jalan, tetapi atas kesilapan teknikal dan kekhilafan diri sendiri, tak tahu macam mana nak update laman tersebut.. Sebagai jalan akhir, terpaksa bina semua satu blog step-by-step.
Mudah-mudahan blog ini boleh membuka mata saya dalam bidang teknologi maklumat yang serba luas ini. Selain itu, saya berharap agar blog ini boleh memberi sekelumit manfaat buat yang lain. Oleh itu, sudi-sudikanlah... Tatapi dan layarilah laman blog saya yang seberapanya ini..
Atas sekarang kekurangan, haraplah dimaafkan...

Subscribe to:
Posts (Atom)