TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KE BLOG SAYA.. SILA DATANG LAGI..

11 December 2011

Alhamdulillah... akhirnya...

Aduyai, mereka blog ini suatu yang meletihkan, mendebarkan  tetapi mengujakan. Terasa betapa kerdilnya diri apabila terkial-kial klik sana dan sini untuk membuat blog ini. Semua dengan try and error. Pada mulanya dah buat satu lama blog sekerat jalan, tetapi atas kesilapan teknikal dan kekhilafan diri sendiri, tak tahu macam mana nak update laman tersebut.. Sebagai jalan akhir, terpaksa bina semua satu blog step-by-step.

Mudah-mudahan blog ini boleh membuka mata saya dalam bidang teknologi maklumat yang serba luas ini. Selain itu, saya berharap agar blog ini boleh memberi sekelumit manfaat buat yang lain. Oleh itu, sudi-sudikanlah... Tatapi dan layarilah laman blog saya yang seberapanya ini..

Atas sekarang kekurangan, haraplah dimaafkan...