TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KE BLOG SAYA.. SILA DATANG LAGI..

11 December 2011

BICARA HIKMAH



Ada dua cara untuk mengetahui betapa besarnya dan gagahnya amalan sembahyang iaitu :
1- Ilmu yang menghuraikan ciri-ciri sembahyang.
2- Penghayatan sembahyang hingga dapat merasai hikmah serta didikan sembahyang.


Dari sudut ilmunya, terdapat 24 ciri-ciri keagungan sembahyang. Sebagai contoh diantaranya :
  • Sembahyang merupakan ibu segala ibadah yang bererti, dari amalan sembahyang itu akan lahir pula berbagai ibadah lain.
  • Sembahyang merupakan tiang seri, ia adalah tiang utama pengukuh agama Islam. Oleh itu kita di tuntut agar membaiki sembahyang ke tahap yang lebih sempurna.
  • Sembahyang merupakan intisari dan intipati dari ajaran Islam. Ertinya bertitik tolak dari sembahyang itu sendiri umat Islam dapat membangunkan semua aspek dari ajaran Islam.
  • Sembahyang merupakan 'mikraj' orang mukmin. Ertinya Rasulullah SAW sendiri bermikraj menemui Allah SWT untuk menerima perintah sembahyang. Bagi orang mukmin pula sembahyang itu merupakan mikrajnya yang akan membawa kepada peningkatan rohaniah, mendatangkan ketaqwaan dan kekuatan jiwa. Justeru itu melalui sembahyangjuga dapat menjauhkan diri dari maksiat dan mungkar.
Menghayati sembahyang bermaksud menghayai setiap lafaz dan ungkapan di dalamnya. Bukan sekadar memahami maknanya sahaja.

Menghayati sembahyang dapat membangunkan jiwa dan mental, memperolehi hikmah dan didikan akhirnya terbinalah peribadi agung yang memiliki 7 ciri yang berikut :
  1.  Akan melahirkan peribadi yang kuat keyakinan.
  2.  Akan melahirkan peribadi yang kuat imannya.
  3. Akan melahirkan peribadi yang tinggi akhlaknya.
  4. Akan melahirkan peribadi yang berdisiplin dalam hidupnya.
  5. Akan melahirkan hamba Allah yang bersih jiwanya dari sifat-sifat mazmumah.
  6. Akan melahirkan hamba Allah yang bersih zahir batinnya dari maksiat dan kemungkaran.
  7. Akan melahirkan peribadi yang kuat syari'atnya.
Peribadi agung ini dinaungi oleh Allah SWT Yang Maha Agung.