TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KE BLOG SAYA.. SILA DATANG LAGI..

18 January 2012

BERDIRI TEGAK DALAM SOLAT

Berdiri tegak dalam solat bagi yang mampu merupakan salah satu rukun dalam solat. Suatu simbolik seseorang yang berdiri dengan tubuh dan rohnya di hadapan Tuhan sekalian alam, Yang Maha Mendengar apa yang diucapkan, serta mengetahui apa yang ungkapkan dan diniatkan dalam hati hamba-hamba Nya.

Dalil wajibnya berdiri .... Allah berfirman yang bermaksud "Dan berdirilah untuk Allah s.w.t. dalam keadaan taat (khusyuk)." (surah Al baqarah 2:238)

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud :"Bersolatlah kamu dalam keadaan berdiri, jika tiada kemampuan duduklah dan jika tidak berkemampuan maka dalam keadaan mengiring di atas rusukmu." (Riwayat al Bukhari).

Sumber : Solusi Isu 27